Status Facebook Tidak Lagi Membolehkan Pautan Keluar

Status Facebook Tidak Lagi Membolehkan Pautan Keluar

Diterbitkan pada November 14, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini kita boleh berkongsi URL pada status Facebook, nampaknya kini fungsi tersebut sudah tidak lagi boleh digunakan. Kini, sebarang link yang dikongsikan pada Facebook dipaparkan sebagai teks biasa, tanpa sebarang pautan padanya.

Facebook Status
Pautan Di Perlihatkan Sebagai Teks Biasa

Ianya masih tidak diketahui tujuan Facebook menutup fungsi tersebut, tetapi ianya mungkin berkait rapat dengan pengurangan SPAM dan sebagainya. Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang mengaitkan akaun Facebook mereka dengan akaun Twitter, dan menyertai beberapa program pengiklanan di Twitter, sekaligus memaparkan iklan tersebut pada Facebook tanpa sebarang kos tambahan.

Facebook Link
Fungsi Perkongsian Pautan Pada Facebook Memaparkan Lebih Info

Pada masa yang sama, bagi yang ingin berkongsi pautan pada Facebook, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan fungsi terbina pada Facebook, iaitu dengan memilih perkongsian pautan. Melalui fungsi tersebut, ianya akan memperlihatkan sedikit kandungan daripada laman web yang anda berkongsi, sekaligus mengurangkan kadar SPAM pada Facebook.

Kredit kepada Sere Senok. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN