Kini, Bit.ly Menyediakan Rumusan Data Statistik

Kini, Bit.ly Menyediakan Rumusan Data Statistik

Diterbitkan pada November 14, 2009 oleh .

Sejak Twitter memilih Bit.ly menjadi penyedia pemendek URL utama untuk laman mereka, Bit.ly terus maju sedikit demi sedikit. Salah satu kegemeran pengguna pada Bit.ly adalah kerana ianya menyediakan statistik semasa, dan terkini, Bit.ly menyediakan fungsi ringkasan klik pautan untuk para pengguna.

Untuk sekian lama, para pengguna meminta Bit.ly menyediakan ringkasan data atau rumusan bagi klik yang diterima oleh pautan yang mereka pendekan itu, dan hari ini, perkara itu menjadi kenyataan apabila Bit.ly menyediakan fungsi tersebut. Kini, para pengguna boleh melihat rumusan data pautan Bit.ly mereka.

Kini, pada setiap halaman data Bit.ly, anda akan dapat melihat sebuah carta ringkas yang mana memperlihatkan klik yang anda dapat untuk seminggu, beserta dengan jumlah klik yang anda telah terima, serta data-data lain seperti dari mana pengguna datang melawat, dan halaman yang merujuk kepada pautan anda.

Selain daripada Bit.ly, anda juga boleh menggunakan khidmat pemendek URL tempatan yang dibangunkan oleh NetizenMedia, iaitu XS.my.


TIPS & ULASAN