Google Docs Bakal Menjadi Pengganti Microsoft Office

Google Docs Bakal Menjadi Pengganti Microsoft Office

Diterbitkan pada November 14, 2009 oleh .

Sementara Microsoft sedang dalam pembangunan aplikasi pejabat mereka, Office 2010, hari ini, Google dalam satu temuramah mengatakan yang mana pada tahun hadapan, Google Docs bakal menjadi ganti kepada semua aplikasi pejabat di luar sana, terutamanya, Microsoft Office.

Dalam temuramah bersama ZDNet Asia, Presiden kepada Unit Enterprise Google mengatakan bahawa dalam kurang setahun, Google Docs bakal menjadi pilihan utama kepada kebanyakkan syarikat, dimana mereka boleh bertukar dan menggunakan Google Docs tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama, beliau mengakui yang mana Google Docs masih belum lagi matang seperti GMail dan juga Google Calendar yang mana menjadi pilihan kebanyakkan syarikat buat masa ini melalui Google Apps.

Tahun hadapan, Google menjangkakan yang mana mereka akan memperkenalkan lebih 50 kemaskini kepada Google Docs, untuk menambah-baik prestasi dan pengalaman pengguna, selain membawakan fungsi yang lebih kepada Google Docs. Untuk mengantikan Microsoft Office, Google Docs tidak perlu menjadi lebih baik daripada Microsoft Office, cuma dengan penyediaan beberapa fungsi asas sahaja, dan cara pendekatan mereka kepada organisasi dan syarikat besar, bakal membuatkan ramai berubah menggunakannya.

Google Mail Versi GWave
Google Juga Bakal Memperkenalkan Antaramuka Baru Untuk Google Apps

Buat masa ini, dikatakan hampir 75% agensi kerajaan Malaysia menggunakan perisian sumber terbuka – OpenOffice sebagai ganti kepada Microsoft Office, dan masih banyak syarikat swasta yang banyak menggunakan perisian Microsoft Office. Mungkin perkara ini bakal berubah menjelang tahun hadapan.


TIPS & ULASAN