Cari @ Amanz

Salah satu perkara menarik pada Google ialah, ia mengintegrasikan kebanyakkan servis milik mereka kepada satu benda, dan membuatkan para pengguna mereka gembira. Hari ini, Google mengintegrasikan FeedBurner bersama-sama Google Analytics, membolehkan anda melihat statistik feed anda.

Sekiranya anda menggunakan Adsense For Feeds ataupun FeedBurner, kini anda boleh melihat statistik klik anda di Google Analytics. Integrasi ini masih ditahap awal lagi, dan data yang anda boleh lihat adalah hanya statistik klik sahaja buat masa ini.

Google Analytics
Data FeedBurner Pada Google Analytics

Dalam beberapa minggu akan datang, Google akan menambah beberapa fungsi baru pada servis mereka ini, membolehkan anda melihat bagaimana pembaca anda membaca kandungan anda, sehinggalah aplikasi pembaca feed apa yang digunakan oleh mereka. Nampaknya, setelah lama memiliki FeedBurner, kini Google sudah mula memberikan perhatian serius kepada FeedBurner, dan mungkin kita dapat melihat pembaharuan demi pembaharuan yang menguntungkan pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd