Setelah menutup fungsi pautan pada status Facebook semalam, hari ini, Facebook membuka kembali fungsi tersebut kepada orang ramai. Ianya masih tidak diketahui mengapa Facebook menutup fungsi tersebut semalam, dan mungkin ianya kini kembali atas desakan para pengguna.
Semalam, segala pautan yang dikongsi melalui status adalah tidak boleh diklik, dan para pengguna terpaksa salin ianya semula ke bar alamat pelayar web untuk melayari sesuatu pautan yang dikongsi rakan-rakan mereka. Walaubagaimanapun, mungkin atas desakan para pengguna, Facebook telah mengaktifkan kembali fungsi pautan pada Facebook. Masih tiada sebarang berita rasmi dari pihak Facebook buat masa ini.
Tips dari Khai dan Becky. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus