Office 2010 Beta Di Datangkan Dalam Tiga Variasi

Office 2010 Beta Di Datangkan Dalam Tiga Variasi

Diterbitkan pada November 15, 2009 oleh .

Microsoft kini dalam penyediaan terakhir sebelum pelepasan Office 2010 Beta kepada umum. Laman rasmi untuk muat-turun sudah pun diaktifkan, namun masih tiada sebarang pautan untuk muat-turun buat masa ini. Hanya mesej Akan Datang dipaparkan buat masa ini apabila pautan muat-turun diklik.

Melalui Office 2010 Beta kelak, Microsoft bakal menawarkan tiga bentuk Office 2010 Beta kepada para pengguna, iaitu Office Home and Business 2010 Beta, Office Professional 2010 Beta, dan juga Office Professional Plus 2010 Beta. Setiap versi dibezakan dengan aplikasi yang turut disertakan padanya.

Office Home and Business 2010 Beta menyertakan Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook dan Office Web Apps, manakala Office Professional 2010 Beta membawakan tambahan dua aplikasi, iaitu Publisher dan juga Access. Office Professional Plus 2010 Beta pula membawakan tambahan aplikasi Infopath, Communicator, dan juga SharePoint Workspace.

Ianya dijangka yang mana Microsoft bakal melepaskan Office 2010 Beta kepada umum menjelang Professional Developer Conference yang bakal diadakan pada minggu ini di Los Angeles. Walaubagaimanapun, beberapa laman torrent kini turut menawarkan muat-turun Office 2010 Beta yang tersebar lebih awal, sama seperti ketika Windows 7 dahulu.


TIPS & ULASAN