12.1% Daripada Penduduk Malaysia Menggunakan Facebook

12.1% Daripada Penduduk Malaysia Menggunakan Facebook

Diterbitkan pada November 15, 2009 oleh .

Sebelum ini, kita dapat tahu yang mana Facebook merupakan laman yang paling popular di Malaysia, meninggalkan laman-laman lain termasuk Yahoo! dan Google. Kini, melalui data yang dikumpulkan pada 3 November yang lalu, didapati yang mana terdapat seramai 3,425,300 pengguna Facebook daripada Malaysia.

Facebook User Malaysia
Pengguna Facebook Malaysia

Melalui halaman CheckFacebook, ianya didapati yang mana pengguna Facebook dari Malaysia adalah seramai 3,425,300 dengan kadar pertumbuhan 7.43% pada minggu lepas, yang mana meletakkan Malaysia sebagai antara 10 negara yang mempunyai kadar pertumbuhan pengguna Facebook tertinggi.

Pengguna Malaysia
Pecahan Pengguna Facebook Malaysia Mengikut Jantina dan Umur

Pengguna Facebook yang paling ramai adalah diantara lingkungan umur 18 hingga 24 tahun, iaitu seramai 1,319,820 orang, diikuti dengan pengguna berumur 25 hingga 34 tahun seramai 1,148,660 orang. Pengguna wanita mendominasi dengan angka sebanyak 50.7% atau seramai 1,723,360 orang, diikuti dengan pengguna lelaki seramai 1,678,140 orang (49.3%).

Dengan penduduk seramai 28,310,000 di Malaysia, ianya memperlihatkan yang mana seramai 12.1% daripada pengguna Malaysia mempunyai akaun Facebook, sekaligus meletakkan ianya sebagai laman yang paling banyak dilawati oleh para pengguna Malaysia.

Tips oleh Awqi Zar. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN