Setelah memperkenalkan servis tema berbayar pada bulan September tempoh hari dan memperkenalkan beberapa tema percuma untuk para pengguna, kini LiteTheme bakal melancarkan laman web mereka tidak lama lagi. Rekabentuk awal laman tersebut sudah pun mula kelihatan.
Antaramuka Awal LiteTheme
LiteTheme yang dibangunkan oleh NoktahHitam dan beberapa rakan tempatan, bakal memperkenalkan tema-tema berbayar serta percuma yang menepati citarasa pengguna, dengan fungsi utamanya, iaitu ringan dan pantas dibuka. Ianya dikatakan yang mana Google kelak akan menetapkan kedudukan pada hasil carian mengikut kepantasan dan kelajuan sesuatu web itu, dan LiteTheme mungkin menyelesaikan masalah tersebut.
Selain daripada itu, LiteTheme juga bakal memperkenalkan sokongan CSS3 pada semua tema-tema keluarang mereka, serta membawakan fungsi tambahan seperti TimbThumb dan juga halaman tetapan khas pada Dashboard, sama seperti tema-tema berbayar yang lain. Untuk sementara waktu ini, anda boleh mencuba salah satu tema keluaran LiteTheme yang dikhaskan untuk live-blogging.