Maxis Bakal Membawa Masuk Dell Mini 3?

Maxis Bakal Membawa Masuk Dell Mini 3?

Diterbitkan pada November 17, 2009 oleh .

Baru-baru ini, Dell telah pun melancarkan Dell Mini3 yang mana menggunakan sistem operasi Google Android. Menariknya, kini beberapa ura-ura memperlihatkan yang mana telefon bimbit pintar tersebut akan dibawa masuk ke Malaysia, dengan kerjasama Dell bersama Maxis.

dell mini 3
Dell Mini 3

Sebelum ini, Dell telah dikenali ramai sebagai penyedia komputer yang mampu dimiliki, dan kini mereka memperkenalkan telefon bimbit pintar mereka, yang mana menggunakan sistem operasi Google Android. Dell Mini3 ini membawakan sokongan kepada Microsoft Exchange, serta sokongan chat pada telefon seperti YM!, MSN, dan Google Talk, serta disertakan bersama kamera 3-megapixel dengan sokongan sehingga 8x zoom. Dell Mini 3 juga menggunakan skrin sentuh yang mana papan kekunci QWERTY atas skrin turut disediakan untuk memudahkan pengguna.

Buat masa ini, masih tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Dell dan Maxis. Walaubagaimanapun, sebelum ini, Dell pernah membuat perjanjian dengan beberapa penyedia telekomunikasi negara, dan Maxis merupakan wakil Dell di Malaysia.


TIPS & ULASAN