Carian
Google Translate Kini Lebih Interaktif
November 17, 2009 Aman

Google Translate hari ini memperkenalkan rekabentuk yang serba baru dengan beberapa fungsi menarik yang mana memudahkan pengguna menggunakan fungsi terjemahan yang disediakan oleh Google. Salah satu perkara baru ialah, kini anda tidak lagi perlu klik sebarang butang untuk menterjemahkan artikel anda kerana ianya kini diterjemah secara automatik ketika anda sedang taip.

Google Translate
Antaramuka Google Translate Baru

Anda juga kini boleh dengarkan bagaimana sesuatu perkataan itu disebut. Walaubagaimanapun, fungsi audio hanya diaktifkan untuk terjemahan English. Selain daripada itu, untuk terjemahan bahasa Cina, ianya turut memperlihatkan cara sebutan untuk perkataan itu.

Dengan fungsi-fungsi baru ini, pembelajaran bahasa asing kini dijadikan lebih mudah. Walaubagaimanapun, sedikit terjemahan kadang-kala tidak membawakan maksud sebenar terjemahan, dan untuk menambah baiknya, anda boleh menyumbang tenaga anda dengan membetulkan terjemahan tersebut.

Komen