Adobe AIR 2 Kini Lebih Jimat Memori

Adobe AIR 2 Kini Lebih Jimat Memori

Diterbitkan pada November 17, 2009 oleh .

Adobe AIR telah serba sebanyak mengubah cara kita menggunakan aplikasi internet pada desktop kita. Aplikasi seperti TweetDeck, MeebOne dan sebagainya dibangunkan dengan Adobe AIR. Dan terkini, Adobe telah melepaskan versi terbaru Adobe AIR, iaitu AIR 2 dengan beberapa fungsi baru.

AIR 2 membawakan beberapa peningkatan prestasi, kemaskini, disamping beberapa fungsi yang baru. Salah satunya adalah, kini AIR 2 diintegrasikan pada sistem operasi dengan lebih baik lagi berbanding sebelumnya, yang mana kini ianya menyokong fungsi USB, kamera digital dan juga mikrofon.

Jikalau sebelum ini AIR menggunakan memori dan tenaga prosessor yang banyak, perkara ini telah diberi perhatian pada AIR 2, dimana ianya telah dioptimasikan sepenuhnya. Menariknya, kini AIR 2 juga menyokong saiz tetingkap sebesar 4095 x 4095. Anda boleh mengemaskini pemasangan AIR 2 anda atau bagi yang baru ingin mencuba Adobe AIR, anda boleh memuat-turunya bersama-sama dengan aplikasi Flash 10.1 Beta. AIR boleh digunakan pada sistem operasi Windows, Mac OS X dan juga Linux.


TIPS & ULASAN