Bentuk Hirarki Baru Pada Hasil Carian Google

Bentuk Hirarki Baru Pada Hasil Carian Google

Diterbitkan pada November 18, 2009 oleh .

Setiap carian pada Google akan diperlihatkan dengan URL laman web asalnya, yang mana sekaligus memudahkan para pengguna memilih hasil keputusan yang ingin diklik oleh mereka. Hari ini, Google memperkenalkan bentuk hireraki yang serba baru pada hasil keputusannya untuk memudahkan para pengguna.

Google Pautan
Navigasi Pautan Dalam Bentuk Baru

Perkara ini sebelum ini pernah dikenal pasti oleh JurnalSEM, namun masih tiada sebarang berita rasmi daripada Google berkenaan dengannya, sehinggalah hari ini. Kini, Google sedang memperkenalkan bentuk navigasi yang serba baru, dan dalam beberapa hari lagi, semua pengguna internet bakal dapat melihat bentuk navigasi seperti mana digambarkan.

Dengan ini juga, ianya memberi cabaran baru bagi para pembangun laman web, selain memudahkan para pengguna melihat hasil carian dan memilih hasil carian yang memenuhi kriteria mereka dengan mudah.


TIPS & ULASAN