Hari ini Microsoft akan mengadaka Professional Developers Conference di Los Angeles di mana mereka bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru pada PDC kali ini. Salah satu daripada dijangka ialah pelayar web daripada Microsoft sendiri, iaitu Internet Explorer 9.
Seperti beberapa spekulasi sebelum ini, Microsoft tidak akan menggunakan enjin Webkit untuk pelayar webnya, malah akan kekal seperti sekarang ini. Pada pembukaan acara PDC, Microsoft masih belum mempersembahkan sebarang perkara berkaitan Internet Explorer 9, tetapi mereka mengatakan yang mana Internet Explorer bakal menjadi pelayar web terbaik bagi Windows.
Pelayar web daripada Microsoft yang terkini merupakan Internet Explorer 8 yang mana dilepaskan secara rasmi pada bulan Mac yang lalu, didatangkan sekalo bersama-sama dengan sokongan Windows 7. Sebelum ini, Internet Explorer dilihat kehilangan pegangan pasaran, hasil cabaran daripada Mozilla Firefox, Opera, Google Chrome dan juga Safari dari Apple.