Carian
Windows Azure Di Buka Untuk Jualan Mulai 1 Januari
November 18, 2009 Aman

Ingatkah lagi anda dengan Windows Azure yang pernah diperkenalkan oleh Microsoft sebelum ini pada Oktober 2008? Kini, secara rasminya, Microsoft mengumumkan di PDC 2009 yang mana Windows Azure akan dibuka kepada para pelanggan berbayar bermula daripada 1 Januari 2010.

Azure Data Center
Contoh Pusat Data Azure [via]

Ianya akan kekal boleh digunakan sebagai Community Technology Preview sepanjang tahun ini, dan para pelanggan hanya perlu membayar selepas bulan Januari sahaja. Microsoft akan menguji sistem mereka, dan mengenakan bayaran kepada pelanggan bergantung kepada kejituan dan sebagainya.

Bermula bulan Januari tahun depan, Windows Azure akan menggunakan pusat data dari serata dunia, termasik Dublin, Amsterdam, Hong Kong, Singapura, Chicago dan San Antonio. Azure dikatakan akan bersaing secara teris dengan Amazon EC2, yang mana turut menyediakan khidmat yang lebih kurang serupa.

Azure Cloud
Konsep Azure

Windows Azure adalah nama bagi sistem pengendalian pengkomputeran awan akan datang dari Microsoft, diumumkan di PDC Microsoft pada 27 Oktober 2008. Ia sebelum ini diumumkan sebagai “Windows Cloud” oleh Steve Ballmer pada 1 Oktober 2008. Windows Azure akan menggunakan konsep perkomputeran awam, iaitu pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet. Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi “di dalam awan” yang menyokong mereka. Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet. [WikiPedia]

Komen