Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok

Google Bakal Memperlihatkan Chrome OS Esok

Diterbitkan pada November 18, 2009 oleh .

Selepas kedengara beberapa ura-ura yang mana Chrome OS bakal dilepaskan minggu ini, kini secara rasminya, Google mengadakan suatu acara khas di bangunannya esok, untuk memperlihatkan Chrome OS yang mana masih sedang dibangunkan lagi buat masa ini.

Google Chrome OS dijangka akan dilepaskan secara rasminya pada tahun hadapan. Google Chrome OS dibangunkan sebagai sistem operasi yang ringan khas untuk netbook dan akan membawakan pengalaman pelayaran web yang ringan dan pantas. Sistem operasi Chrome OS juga kelak akan diintegrasikan bersama-sama dengan pelbagai aplikasi berasaskan web yang dibangunkan oleh Google sendiri, seperti GMail, Google Docs, Google Calendar dan banyak lagi.

Sebelum ini, pelbagai antaramuka desktop yang diperlihatkan di web, dan tiada sebarang antaramuka yang disahkan oleh Google. Nampaknya, kini Google sudah siap sedia untuk memperlihatkan sistem operasi yang dibangunkan oleh mereka kepada umum. Sama-sama kita nantikannya esok.


TIPS & ULASAN