IdeaBuzz Membawakan Liputan Video Untuk Acara Terkini

IdeaBuzz Membawakan Liputan Video Untuk Acara Terkini

Diterbitkan pada November 18, 2009 oleh .

Ingatkah lagi anda dengan laman IdeaBuzz yang diperkenalkan sebelum ini dimana ianya membawakan konsep TV Web yang memfokuskan kepada topik Budaya Web dan Usahawan di Malaysia? Kini sebanyak 13 video disediakan di laman IdeaBuzz dari pelbagai topik berbeza.

IdeaBuzz menggunakan laman Vimeo untuk mengehoskan video mereka, selain menggunakan WordPress untuk menguruskan web mereka itu. Menariknya, seperti yang dijanjikan mereka, kini mereka membuat liputan di beberapa acara berkaitan komputer dan usahawan di Malaysia, seperti BarCamp Malaysia, PC Fair dan sebagainya.

Pada masa yang sama juga anda boleh mengikuti beberapa siri tutorial yang disediakan di laman tersebut. Sekiranya anda mempunyai sebarang video yang ingin disumbangkan kepada IdeaBuzz, anda boleh menghubungi Syed Syahrul secara terus. IdeaBuzz dibangunkan oleh Syed Syahrul yang mana turut membangunkan laman Art on Display dan juga Sireh dan Cengkeh.


TIPS & ULASAN