Pembangunan Mac OS X 10.7 Sudah Pun Di Mulakan

Pembangunan Mac OS X 10.7 Sudah Pun Di Mulakan

Diterbitkan pada November 18, 2009 oleh .

Sama seperti Microsoft yang sudah pun memulakan pembangunan Windows 8, Apple juga pada masa yang sama telah memulakan pembangunan Mac OS X 10.7. Sistem operasi Mac OS X 10.6 baru sahaj tiga bulan dilepaskan dengan nama kod Snow Leporad, selain kemaskini kepadanya diperkenalkan baru-baru ini, iaitu Mac OS X 10.6.2.

Apple Mac OS X 10.5
CD Apple Mac OS X 10.5 [via]

Pembangunan Mac OS X 10.7 dikenal pasti hari ini apabila kemaskini pada pangkalan data framework sumber terbuka untuk boot Mac OS X di lihat hari ini dengan mesej error, yang mengaitkan dengan Mac OS X Build 11A47. Kod 11A47 ini memperlihatkan pembangunan sistem operasi Mac OS X yang terbaru, apabila ianya dibandingkan dengan kod-kod sistem operasi Mac OS X sebelum ini.

Sebelum ini, Mac OS X 10.5 Leopard menggunakan angka 9A571, manakala Mac OS X 10.6 Snow Leopard menggunakan angka 10A432. Kemaskini Mac OS X terkini, iaitu Mac OS X 10.6.2 menggunakan angka 10C540. Ini memperlihatkan yang mana 11A47 memperlihatkan pembangunan versi terkini sistem operasi mereka, yang mana ianya berkemungkinan adalah mac OS X 10.7. Buat masa ini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Apple berkaitan perkara ini.


TIPS & ULASAN