20 Syarikat Memperlihatkan Idea Pada InnoTech 2009

20 Syarikat Memperlihatkan Idea Pada InnoTech 2009

Diterbitkan pada November 18, 2009 oleh .

Jikalau di luar negara terdapat beberapa acara yang memperlihatkan inovasi dan idea baru untuk mendapatkan bantuan kewangan dan sebagainya, di Malaysia terdapatnya acara yang lebih kurang serupa yang mana dipanggil MSC Malaysia InnoTech. Hari ini, berlangsungnya InnoTech ke-6 yang mana memperlihatkan 20 syarikat memperlihatkan idea baru mereka.

MSC Malaysia sejak Disember 2006 telah pun mengagihkan lebih RM43 juta sehingga Oktober yang lepas dalam membantu syarikat-syarikat yang baru hendak membangun dalam industri IT tempatan. Buat masa ini, sebanyak 297 idea yang telah dibiayai, dan 87 daripadanya telah pun selesai program tempoh 12 bulan. Menariknya, 32 daripada 87 idea ini telah menghasilkan pendapatan sebanyak lebih kurang RM13 juta.

Untuk InnoTech 6 kali ini, MDeC memawakan lebih 14 orang Venture Capitalist dalam membantu 20 syarikat yang mempersembahkan idea mereka berkaitan IT. 20 syarikat itu akan mengikuti perbincangan lanjut bersama para pelabur dalam mendapatkan pembiayaan sehingga 1 juta ringgit. Pada tahun lepas sahaja, syarikat-syarikat berstatus MSC Malaysia telah menjana pendapatan lebih RM21.8 billion dan 69% daripadanya datang daripada syarikat tempatan.

MSC Malaysia InnoTech merupakan acara tahunan anjuran MSC Malaysia yang mana menghubungkan para usahawan IT tempatan dengan para pelabur luar dan dalam negara, dalam mendapatkan pembiayaan lanjut untuk projek mereka. InnoTech 6 kali ini diadakan di Berjaya Times Square pada 17 dan 18 November 2009.


TIPS & ULASAN