Office 2010 Beta Di Lepaskan Microsoft

Office 2010 Beta Di Lepaskan Microsoft

Diterbitkan pada November 19, 2009 oleh .

Hari ini, secara rasminya, Microsoft melepaskan Office 2010 Beta bersama-sama dengan SharePoint Server 2010, Project 2010, Visio 2010 dan juga Office Web Apps untuk perniagaan, serta Office Mobile 2010 pada acara Professional Developers Conference yang diadakan di Los Angeles.

Logo Office

Versi beta ini boleh dimuat-turun dari laman Microsoft secara percuma sama seperti yang dilakukan oleh Microsoft ketika Windows 7 dahulu. Microsoft berharap dengan melakukan demikian, mereka akan mendapat maklumbalas lebih pantas daripada para pengguna supaya versi akhir kelak akan lebih baik lagi.

Versi akhir Office 2010 akan dilepaskan secara rasminya tahun hadapan, yang mana membawakan logo baru bagi setiap aplikasi, disamping beberapa perubahan pada antaramuka aplikasi Office. Pada masa yang sama, mulai tahun hadapan, setiap komputer yang datangnya dengan Windows OS akan didatangkan dengan Office Starter 2010, iaitu versi ringan Office 2010, membolehkan anda membuat perkara asas pada sesuatu dokumen.

Anda kini boleh memuat-turun Office 2010 Beta secara terus dari laman Microsoft dengan percuma, dan mencuba terlebih dahulu aplikasi pejabat daripada Microsoft ini.


TIPS & ULASAN