Internet Explorer 9 Bakal Menyokong HTML5 dan CSS3

Internet Explorer 9 Bakal Menyokong HTML5 dan CSS3

Diterbitkan pada November 19, 2009 oleh .

Seperti yang dikatakan semalam, hari ini Microsoft mengumumkan mengenai Internet Explorer 9, yang mana telah memulakan pembangunannya sejak tiga minggu yang lepas. Pada Interner Explorer 9 kelak, Microsoft akan menumpukan pada beberapa standard pelayar web terkini, seperti HTML5 dan juga CSS3, serta enjin JavaScript lebih pantas.

Walaubagaimanapun, pada ujian yang diperlihatkan, Internet Explorer 9 hanya mendapat markah sebanyak 32/100 pada ujian Acid3 berbanding beberapa pelayar web yang lain. Ianya masih belum diketahui bilakah Internet Explorer 9 akan dilepaskan kepada umum.

Pada pembentangan berkenaan IE9 ini, Microsoft turut memperlihatkan kelajuan prestasi JavaScript yang mana dilihat, IE9 adalah lebih lambat daripada para pesaingnya. Walaubagaimanapun, ianya lebih merapatkan jurang kelajuan jikalau dibandingkan dengan IE7 dan juga IE8. Pada masa yang sama, Microsoft juga merancang untuk menggunakan Direct-X untuk grafik dan teks pada IE9 kelak.

IE9
Perbandingan Kelajuan IE Bersama Pelayar Web Lain

Buat masa ini, ianya masih belum diketahui bilakah ianya akan dilepaskan, memandangkan ianya baru sahaja memulakan pembangunannya. Walaubagaimanapun, mungkin IE9 kelak akan dapat merapatkan jurangnya antara pelayar web yang lain.


TIPS & ULASAN