Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya hari ini Twitter memperkenalkan fungsi retweet (tweet semula) pada semua penggunanya. Kini, bersebelahan dengan pautan balas (reply), anda akan melihat pautan baru iaitu Retweet. Ikon khas juga diperlihatkan bersebelahan dengan mesej yang di tweet semula itu.

retweet
Fungsi ReTweet

Pada masa yang sama, anda juga akan dapat melihat pengguna-pengguna yang tweet semula mesej tersebut dibahagian bawah mesej tersebut dipaparkan. Mesej yang ditweet semula juga tidak dapat dilihat pada timeline kita sendiri, melainkan pada halaman profail milik kita. Selain daripada itu, Facebook tidak mengenal-pasti mesej yang ditweet semula itu, dan tidak menariknya masuk ke profail Facebook kita, sekaligus memudahkan kita sekiranya hanya ingin berkongsi tweet pada Twitter sahaja.

Retweet
Fungsi ReTweet

Halaman khas untuk semua mesej yang ditweet semula juga disediakan oleh Twitter, memudahkan anda mengikuti sebarang perkara yang dikongsi oleh rakan-rakan anda. Ianya masih lagi belum diketahui bilakah fungsi ini akan diperkenalkan pada semua. Dan mungkin tidak lama lagi, semua aplikasi pihak ketiga akan mengitegrasikan fungsi ini untuk kegunaan semua.

retweetpage

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd