Kerjasama Yahoo-Microsoft Kini Pada Fasa Akhir

Kerjasama Yahoo-Microsoft Kini Pada Fasa Akhir

Diterbitkan pada November 19, 2009 oleh .

Walaupun sebelum ini diumumkan yang mana Yahoo! dan Microsoft akan bekerjasama, namun sehingga hari ini, masih tiada sebarang perjanjian ditandatangani antara kedua-dua pihak ini. Beberapa berita kini kedengaran yang mana kedua-dua gergasi internet ini akan menandatangani perjanjian pada hujung minggu ini.

Yahoo! Bing
Yahoo! Kelak Akan Gunakan Enjin Carian Bing

Perjanjian yang sepatutnya ditandatangani pada 27 Oktober yang lalu ditangguhkan kerana kedua-dua syarikat inginkan lebih banyak masa untuk memikirkan berkenaan perjanjian mereka. Walaupun Yahoo! dan Microsoft masih belum mengesahkan yang mana mereka akan menandatangani perjanjian pada hujung minggu ini.

Kedua-dua syarikat mengumumkan kerjasama mereka pada bulan Julai lalu, dimana melalui perjanjian tersebut, Yahoo! akan menyerahkan bahagian teknikal enjin carian mereka kepada Microsoft, dimana Bing akan menyediakan hasil carian untuk Yahoo!, dan Yahoo! akan dapat menggunakan antaramuka eksklusif dan boleh membuat sebarang perkara daripada data dari Bing. Pengiklanan pada kedua-dua enjin carian akan disediakan oleh Microsoft, dan Yahoo! akan dapat turut sama menjual iklaneka, dan menguruskan beberapa pengiklan yang besar.


TIPS & ULASAN