Ikuti Pengumuman Chrome OS Melalui Webcast

Ikuti Pengumuman Chrome OS Melalui Webcast

Diterbitkan pada November 20, 2009 oleh .

Seperti yang dikatakan semalam, Google bakal memperkenalkan sistem operasi mereka hari ini. Dan menariknya, bagi yang tidak berkesempatan untuk ke acara tersebut, anda boleh mengikutinya melalui web. Melalui webcast khas ini, Google akan memperlihatkan Google Chrome OS mereka kepada umum.

ChromeOS Webcast

Google akan memperlihatkan pembangunan Chrome OS sehingga hari ini, teknologi yang digunakan, dan pelan pembangunan untuk Chrome OS sepanjang tahun hadapan. Ianya dibawakan secara langsung oleh Google membolehkan para pengguna mengikuti pelancarannya dari segala pelusuk dunia. Siaran langsung ini akan diadakan pada pukul 2.00 pagi waktu tempatan.

Chrome OS adalah sistem operasi ringan daripada Google yang mana akan banyak menggunakan perkomputeran awan untuk menjalankan kebanyakkan aplikasinya, seperti Google Docs, GMail dan banyak lagi. Ianya telah diumumkan oleh Google pada bulan Julai yang lalu, dimana ramai rakan kerjasama yang telah diumumkan pada masa yang sama.


TIPS & ULASAN