Google Memperlihatkan Chrome OS

Google Memperlihatkan Chrome OS

Diterbitkan pada November 20, 2009 oleh .

Seperti yang dinantikan ramai, hari ini Google telah pun memperlihatkan bagaimana Chrome OS kelihatan, dan beberapa fungsi asas pada Chrome OS. Walaubagaimanapun, para pengguna masih belum dapat mencubanya, atau memuat-turun sistem operasi daripada Google ini buat masa ini.

ChromeOS - Boot
Skrin Boot Google Chrome OS

Walaupun tiada sebarang pelancaran ataupun beta untuk hari ini, Google telah pun melepaskan kod sumber bagi sistem operasi Chrome OS hari ini. Segala pembangunan Chrome OS adalah berasaskan pada pelayar web Chrome yang telah lebih setahun dibangunkan, dan kini digunakan oleh hampir 30 juta pengguna seluruh dunia. Dan perkara biasa yang kita dengar berkenaan dengan Chrome adalah pantas, dan inilah yang dititik-beratkan pada Chrome OS.

ChromeOS - Google
Pelayar Web Pada Chrome OS

Chrome OS menumpukan pada tiga perkara penting, iaitu kelajuan, mudah dan ringkas serta sekuriti. Chrome OS amat pantas, yang mana membolehkan anda menggunakan pelayar web sebaik sahaja anda memulakan sistem operasi anda. Pada demo yang diperlihatkan, ianya mengambil masa lebih kurang 7 saat untuk ke skrin log masuk, dan 3 saat lagi untuk ke aplikasi. Menariknya, pihak pembangun Chrome OS masih dalam pembangunan, dan perkara ini dijangka lebih pantas pada versi akhir kelak.

Pada Chrome OS, segala aplikasi yang digunakan adalah aplikasi berasaskan web, dan semua data adalah menggunakan konsep perkomputeran awam. Ini diperlihatkan melalui demo, dimana aplikasi Notepad dibuka dan diisi dengan sedikit info, dan seterusnya, apabila membuka Google Docs, fail tersebut telah disimpan disana secara automatik.

Pada masa yang sama, Chrome OS bakal menjadi sistem operasi yang paling selamat, kerana tiada sebarang fail binary yang boleh dipasang, jadi ianya mungkin agak sukar untuk dicerobohi. Selain itu, model sekurit pada pelayar web turut diintegrasikan menjadikan Chrome OS lebih selamat.

ChromeOS -App
Pilihan Aplikasi Pada Chrome OS

Chrome OS juga didatangkan bersama tab aplikasi,dimana pada menu aplikasi, anda boleh memilih aplikasi yang anda ingin gunakan daripada senarai aplikasi yang dipersembahkan. Selain daripada itu, anda juga boleh memainkan media seperti video dan muzik dengan mudah pada Google Chrome OS.

ChromeOS - Fail
Membuka Sesuatu Fail daari kamera dan SSD adalah Mudah Pada Chrome OS

ChromeOS - Lagu
Fail Lagu Di Mainkan Terus

ChromeOS - Video
Fail Video Di Mainkan Pada Chrome OS

Selain itu, sekiranya anda memasukan sebarang SSD atau kamera, sebuah tetingkap baru akan muncul dengan senarai fail didalamnya. Seterusnya, anda boleh membuka fail didalamnya atau imej melalui pelayar web. Sekiranya anda mempunyai fail berbentuk Excel, ianya akan dibuka pada Office Online, dan sebaliknya, fail-fail lain akan dibuka melalui Google Docs.

ChromeOS - Excel
Excel Dibuka Pada Office Online

Buat masa ini, Chrome OS masih belum sedia untuk dicuba atau dimuat-turun oleh para pengguna lagi. Ianya dijangka, komputer bersama Chrome OS akan berada dipasaran menjelang hujung tahun hadapan.

Desktop Google Chrome
Desktop Chrome OS Apabila Semua Di Minimize

TIPS & ULASAN

<script>