Carian
Facebook Kini Laman Perkongsian Video Ke-3 Terbesar
November 20, 2009 Aman

Kita sedia maklum yang mana Facebook kini merupakan antara laman perkongsian imej terbesar dengan lebih 2 billion gambar dimuat-naik setiap bulan. Pada masa yang sama, kini Facebook adalah laman perkongsian video ketiga terbesar di dunia, dibelakang laman video YouTube dan Hulu.

Melalui kajian yang dilakukan oleh Nielsen, pada bulan Oktober 2009 yang lali, YouTube menerima lebih 6.6 billion tontonan, dan diikuti oleh Hulu dengan lebih 632 juta tontonan, dan Facebook dengan 217 tontonan. Ini sekaligus meletakkan Facebook dihadapan laman-laman lain seperti Bing Videos, dan juga Yahoo! serta beberapa laman perkongsian video yang lain.

Facebook Video
Statistik Tontonan Video Mengikut Laman [via]

Facebook dilihat kini berkembang daripada bukan sekadar sebuah laman sosial biasa, malah turut menjadi laman perkongsian media, sekaligus meletakkan Facebook antara laman terkemuka dunia, dan merupakan laman paling popular di Malaysia, mengalahkan laman-laman lain seperti Yahoo! dan Google. Kini, seramai lebih 12.1% daripada penduduk Malaysia menggunakan Facebook dalam kehidupan mereka.

Komen