Baru sahaja sebulan sejak Microsoft melepaskan Windows 7 kepada umum, dan melalui maklumat yang didapati daripada Microsoft, ianya kelihatan yang mana versi seterusnya sistem operasi mereka akan dapat dilihat dalam tempoh masa tiga tahun lagi, iaitu lebih kurang pada tahun 2012.
Latar Masa Sistem Operasi Windows
Melalui Windows 8 selewat-lewatnya pada tahun 2012. Ianya maih lagi lama lagi, dan para pengguna yang sudah pun melangakui Windows Vista sebelum ini, mungkin tidak akan menunggu sekian lama untuk sistem operasi Microsoft yang terbaru, dan mungkin akan mencuba Windows 7. Microsoft sendiri mengumumkan yang mana Windows 7 amat laku, dan dijual dengan amat laju sekali buat masa ini.
Buat masa ini, info-info berkaitan Windows 8 masih belum kelihatan lagi. Namun begitu, ianya diketahui yang mana Windows 8 kelak hanya akan membawakan sokongan untuk komputer 64-bit sahaja, dan akan membawakan sokongan sehingga 128-bit. Berkemungkinan besar, Windows 7 adalah sistem operasi versi 32-bit terakhir daripada Microsoft.”