Dengan kemajuan pesat internet, ianya bakal mengalami perubahan drastik dengan pengenalan IPv6 yang akan mengantikan IPv4 yang sedang digunakan kini. Walaupun ianya masih lagi belum diimplementasikan sepenuhnya, Google telah membuka langkah dengan memperkenalkan sokongan IPv6 pada laman YouTube.
Dengan peningkatan pengguna internet seluruh dunia, yang menjadikan kekurangan alamat IP, telah membuatkan banyak organisasi memperkenalkan sokongan kepada IPv6, dan ianya juga telah diperkenalkan kepada pelbagai aplikasi Google sebelum ini, seperti pada enjin carian mereka dan juga pada Google Apps. Buat masa sekarang ini, hanya lebih kurang 0.2% pengguna Google yang menggunakan IPv6, namun ianya dijangka akan meningkat menjelang tahun akan datang.
Buat masa ini, sokongan IPv6 pada YouTube menjadi kepentingan utama bagi Google, dimana mereka tidak ingin kehilangan sebarang pengguna. Buat masa ini, YouTube adalah antara laman yang mempunyai kunjungan paling ramai, dengan tontonan video lebih 6.6 billion setiap bulan.
Protokol Internet versi 6 merupakan protokol antara rangkaian untuk komunikasi data generasi baru. IPv6 dibangunkan oleh IETF The Internet Engineering Task force bagi menggantikan protokol internet (IP) sekarang, Protokol Internet versi 4 (IPv4).
IPv6 mempunyai ciri 128 bit, jauh lebih besar daripada alamat IPv4 (32 bit). IPv4 yang sudah digunakan lebih kurang 20 tahun hanya mampu menampung 4 bilion alamat IP berbanding dengan populasi dunia yang kini berjumlah lebih daripada 6 bilion. Manakala IPv6 mampu mendaftar lebih kurang 3.4×1038 alamat IP untuk menyokong populasi dunia dan Internet yang kian meningkat. [WikiPedia]