Sebelum Google memperkenalkan Chrome OS, mereka terlebih dahulu telah pun melepaskan dan memperkenalkan sistem operasi Android yang mana kini sudah pun mencecah Android 2.0. Setelah memperkenalkan Chrome OS, Google telah pun mengumumkan yang mana berkemungkinan besar Android dan Chrome disatukan suatu masa kelak.
Kedua-dua sistem operasi menggunakan WebKit dan juga kod Linux dalam pembangunannya, dan ini kelak akan memudahkan kedua-duanya diintegrasikan bersama. Kini, komputer sudah pun menjadi lebih kurang seperti gajet mudah alih sama seperti telefon bimbit yang mana kini lebih berubah menjadi seperti komputer. Kedua-dua perkara ini membolehkan kedua-dua sistem operasi ini diintegrasikan bersama dengan mudah.
Sebelum ini pun, Android telah berjaya digunakan pada netbook dengan berjaya, malah ada yang mula merangcang untuk mengeluarkan netbook dengan sistem operasi Android. Buat masa ini, ianya masih tiada sebarang petanda berkaitan penintegrasian kedua-dua sistem operasi ini, dan ianya kini dilihat dimana Google membangunkan kedua-dua sistem operasi ini secara berasingan.