Chrome Extensions Dalam Fasa Terakhir

Chrome Extensions Dalam Fasa Terakhir

Diterbitkan pada November 24, 2009 oleh .

Pembangunan Chrome adalah amat pantas, dimana dalam masa lebih setahun, mereka sudah pun membangunkan Chrome 4.0, selain mempunyai pegangan pasaran sebanyak lebih 3%. Kekurangan pada Chrome adalah ketiadaan plugin tambahan, dan kini ianya sudah berada di fasa terakhir sebelum memperkenalkan extensions kepada semua pengguna.

Chrome Gallery
Galeri Chrome

Chrome Extensions sudah pun kedengaran sejak awal tahun lagi, namun buat masa ini, hanya Chrome versi pembangun sahaja yang mempunyai sokongan Extensions. Walaubagaimanapun, hari ini, Google mengumumkan yang mana mereka telah membuka Galeri Chrome Extensions untuk para pembangun menghantar Extensions masing-masing.

Dengan ini, ianya memperlihatkan yang mana Extensions akan diperkenalkan pada Chrome dalam masa terdekat ini. Selain pelayar web, Google juga sibuk membangunkan sistem operasi Chrome mereka yang mana bakal dilepaskan tahun hadapan.


TIPS & ULASAN