Cari @ Amanz

Ianya sering timbul masalah antara PTPTN dan para peminjam, dimana para peminjam tiada tempat untuk mengadu dan bertanyakan berkenaan dengan masalah mereka. Untuk mengatasinya, kini pihak PTPTN memperkenalkan sebuah forum khas, dimana anda boleh mendaftar secara percuma dan mula bertanyakan soalan pada mereka.

Forum MOHE
Forum MOHE Yang Menggunakan Template Asal PHPBB

Sebenarnya, forum yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini lebih ditumpukan kepada IPTA dan juga Pinjaman PTPTN. Amat mendukacitakan apabila tiada ruangan khas untuk pelajar IPTS, ataupun pihak MOHE perlu menjenamakan semula dengan menukarkan IPTA menjadi IPT sahaja.

Sehingga artikel ini ditulis, sudah terdapat lebih kurang 2586 orang berdaftar, dan menariknya, anda boleh mendaftar menggunakan nama pengguna kegemaran anda, dan bertanyakan soalan tanpa segan silu, kerana bukan nama sebenar anda yang dipaparkan. Forum ini menggunaan enjin phpBB, yang mana merupakan antara enjin forum yang terkemuka di dunia.

Topik yang mendapat perhatian ramai adalah berkaitan pembayaran balik, dan diikuti dengan permohonan. Ianya merupakan salah satu usaha menarik daripada pihak PTPTN, dimana melalui penyediaan forum ini, mereka dapat menyediakan khidmat bantuan melalui dalam talian kepada para penggunanya dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd