Friendster Bakal Mengalami Transformasi

Friendster Bakal Mengalami Transformasi

Diterbitkan pada November 25, 2009 oleh .

Seperti sedia maklum, populariti Friendster makin berkurangan dari masa kesemasa, dimana ramai pengguna yang beralih kepada Facebook pada masa kini. Untuk mengatasi terus kehilangan pengguna Facebook bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru dalam beberapa hari akan datang ini, untuk menarik kembali para pengguna menggunakan servis mereka.

Friendster adalah laman sosial yang popular di benua Asia, dimana kebanyakkan penggunanya adalah dari Asia Tenggara dan diikuti beberapa bahagian Asia yang lain. Walaubagaimanapaun, popularitinya makin berkurangan dari hari ke hari. Terkini, mereka mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan pelbagai perkara baru pada halaman mereka, iaitu:

  • Memperkenalkan Laman Yang Mudah dan Menarik – Menjadikan Friendster sebuah laman yang memudahkan para pengguna berkomunikasi antara rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah dan dalam pelbagai bentuk interaktif.
  • Hiburan – Menjadikan Friendster sebuah laman hiburan yang menarik, dimana pelbagai bentuk hiburan seperti permainan, muzik dan hadiah disediakan.
  • Memudahkan muat-naik dan perkongsian – Membolehkan para pengguna memuat-naik gambar dan imej dengan lebih pantas, selain memudahkan para pengguna berkongsi antara satu sama lain dengan mudah.
  • Menjadikan Friendster lebih peribadi – Memudahkan anda untuk mengubahsuai halaman profail anda untuk lebih menepati citarasa anda dan menjadikannya unik.

Friendster
Halaman Utama Friendster

Sebelum ini pun, Friendster telah memperkenalkan pelbagai perkara baru pada halaman mereka, dimana Friendster dan MOL bekerjasama membawakan Friendster Wallet, halaman utama Friendster yang diberikan sentuhan baru, selain memperkenalkan Shoutout Stream dengan membolehkan para pengguna komen pada shoutout di Friendster, dan memperkenalkan fungsi sembang seperti pada Facebook.


TIPS & ULASAN