Cari @ Amanz

Walaupun pada fasa terakhir dalam pembincangan kerjasama Yahoo!-Microsoft, Yahoo! terus menginovasikan enjin carian mereka dari masa ke semasa untuk memberikan pengalaman menarik pada penggunanya. Terkini, mereka memperkenalkan fungsi baru pada Search Assist.

yhoo
Carian “YHOO” Memaparkan Saham Semasa Yahoo!

Melalui inovasi yang dibawakan oleh pihak Yahoo! ini, para pengguna dapat melihat informasi dan kandungan yang berkaitan carian mereka secara terus ketika kata kunci sedang ditaip. Ianya dipaparkan melalui fungsi Search Assist, dimana sebelum ini, ianya memperlihatkan kata kunci yang berkaitan dengan kata kunci yang sedang ditaip.

mail
Carian “Mail” Membolehkan Anda Mengakses Laman Y! Mail Dengan Lebih Pantas

Buat masa ini, informasi berkaitan pasaran saham, sukan, pelancongan dan wayang boleh dilihat dengan mudah melalui Search Assist. Selain daripada itu, Search Assist juga membolehkan anda melayari laman Yahoo! yang lain dengan mudah dan pantas lagi. Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat fungsi ini, dan ianya bakal diperkenalkan kepada ramai tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd