Rekabentuk Baharu Untuk Halaman Utama Google

Rekabentuk Baharu Untuk Halaman Utama Google

Diterbitkan pada November 26, 2009 oleh .

Google dari masa ke semasa sering memperkenalkan perkara baru kepada produk-produk mereka, termasuk yang utama enjin carian mereka. Kini, mereka sedang dalam proses melakukan sedikit perubahan pada enjin carian mereka, menjadikan halaman carian mereka lebih menarik lagi.

Google Utama
Halaman Utama Google

Buat masa ini, rekabentuk ini sedang dicuba pada segelintir pengguna, dan mungkin akan diperkenalkan kepada umum dalam masa terdekat, ataupun mungkin tidak, bergantung kepada pendapat dari para pengguna yang telah mencubanya. Melalui rekabentuk baru ini, kelihatan Google ingin membuat laman mereka lebih menarik dilihat, dengan penambahan beberapa ikon di sebelah navigasi, selain penggunaan warna biru pada latar belakang pada pautan-pautan di laman mereka.

Google Hasil Carian
Ikon Sebelah Navigasi

Sebelum ini, turut kedengaran yang mana Google bakal memperkenalkan antaramuka serba baru pada laman Google Apps mereka, selain memperkenalkan enjin Caffeine pada enjin carian mereka yang sedia ada ini.


TIPS & ULASAN