P1 WiMax dan F-Secure Membawakan P1 NetSecure

P1 WiMax dan F-Secure Membawakan P1 NetSecure

Diterbitkan pada November 26, 2009 oleh .

P1 WiMax dan F-Secure hari ini memperkenalkan P1 NetSecure untuk para pengguna, dimana ianya menyediakan aplikasi sekuriti khas untuk pengguna internet bermula bayaran bulanan bermula RM5.99 untuk 1 pengguna ataupun RM7.99 untuk sehingga 3 pengguna untuk sebulan.

P1 NetSecure
P1 NetSecure

Melalui NetSecure ini, pengguna turut akan mendapat beberapa fungsi lain, seperti antivirus, anti-spyware, firewall, penapis spam, dan kawalan kanak-kanak. Melalui anti-virus dan juga anti-spyware, anda akan mendapat lindungan daripada aplikasi yang berbahaya, selain firewall melindungi komputer anda daripada para pengodam, sementara spam filter pula melindungi anda daripada emel-emel yang berupa spam dan lindungan daripada phishing. Sementara itu, melalui aplikasi kawalan kanak-kanak, anda akan dapat kawal tetapan internet anda supaya aktiviti kanak-kanak anda akan dapat dikawal.

Buat masa ini, P1 NetSecure ini disediakan khas untuk para pengguna pascabayar P1 WiMax sahaja, dan anda boleh mendaftarkan diri anda untuk menggunakannya dengan bayaran bulanan yang amat rendah sekali. Tiada sebarang kontrak penggunaan, dan anda boleh hentikan perkhidmatan ini bila-bila masa sahaja.


TIPS & ULASAN