Cari @ Amanz

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Friendster memperlihatkan satu demi satu pembaharuan hari demi hari. Beberapa pengguna sudah pun dapat mencuba antaramuka dan beberapa fungsi baru, dan ianya akan diperkenalkan pada semua pengguna dalam masa terdekat ini.

Salah satu perkara baru adalah ruangan untuk ShoutOut di halaman utama sebaik sahaja anda log masuk ke dalam Friendster. Oleh kerana antara perkara utama dalam laman sosial adalah ruangan untuk ShoutOut dan juga ruangan gambar, kedua-dua ruangan ini diberikan ruangan yang lebih besar berbanding sebelumnya untuk memudahkan para pengguna.

ShoutBox
Ruangan ShoutOut Pada Friendster

Selain daripada kedua-dua ruangan yang diperluaskan, Friendster juga memperkenalkan fungsi untuk memilih warna tema laman utama Friendster untuk menjadikannya lebih mengikut citarasa anda. Ruangan navigasi dibahagian atas juga diperkemaskan, menjadikannya lebih menarik berbanding sebelumnya.

Navigation Bar di Friendster
Bar Navigasi di Friendster

Sama seperti sebelumnya, anda boleh melihat aktiviti rakan-rakan anda dibahagian halaman utama, disamping bahagian notifikasi dan navigasi yang disusun secara menarik dibahagian kiri. Ianya menjadikan halaman Friendster lebih ringkas dan senang untuk dilawati.

Notification di Friendster
Ruangan Notifikasi Di Bahagian Kiri Laman

Halaman utama yang serba baru ini diperkenalkan kepada para pengguna seluruh dunia secara berperingkat, dan pelbagai fungsi menarik juga dibawakan dari masa ke semasa oleh Friendster.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd