Pusat Kajian Malware Bakal Di Lancarkan Pada 1 Dis

Pusat Kajian Malware Bakal Di Lancarkan Pada 1 Dis

Diterbitkan pada November 27, 2009 oleh .

Malaysia bakal mempunyai tempat kajian malware-nya yang tersendiri yang mana akan beroperasi sepenuhnya di bawah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Ianya akan dikendalikan oleh CyberSecurity Malaysia, yang mana telah pun mengumumkan mereka bakal mula beroperasi mulai 1 Disember kelak.

Tujuan utama pelancaran ini adalah untuk mempromosikan keselamatan komputer di Malaysia, yang mana kini malware telah menjadi suatu ancaman bagi dunia sosial dan kewangan yang banyak dikendalikan melalui komputer dan internet. Pusat kajian itu kelak akan membuat kajian untuk mencari teknik yang lebih efektif dalam menangani masalah dan ancaman malware, yang mana berkait dengan pencurian identiti dan juga akaun bank.

Pada bulan Oktober yang lepas sahaja, lebih 87,000 alamat IP diancam dengan malware, dan ianya merupakan salah satu angka yang besar apabila dibandingkan dengan jumlah pengguna internet Malaysia yang hanya berjumlah 16.5 juta orang sahaja. Pusat kajian ini juga akan dilancarkan bersempena dengan Hari Sekuriti Komputer Sedunia yang mana jatuhnya pada 30 November.


TIPS & ULASAN