Torrent Yang Melanggar Hak Cipta Di Buang MiniNova

Torrent Yang Melanggar Hak Cipta Di Buang MiniNova

Diterbitkan pada November 27, 2009 oleh .

Penyedia index BitTorrent terbesar di dunia, MiniNova hari ini memperkenalkan fungsi thumbnail di laman mereka, memudahkan kita memuat-turun torrent yang betul, selain pada masa yang sama mengumumkan yang mana mereka telah membuang semua fail yang melanggar hak cipta daripada laman mereka.

MiniNova
Fungsi Thumbnail Pada MiniNova

Selepas ini, MiniNova hanya akan hos fail-fail yang dimuat-naik melalui Content Distrbution, atau dengan kata mudah, torrent yang dimuat-naik oleh ahli-ahli yang telah disahkan sahaja. Langkah ini adalah secara langsung berkait terus dengan keputusan mahkamah di sana yang mana menyuruh mereka menutup platform mereka sekiranya terdapat sebarang fail-fail yang melanggar hak cipta pada laman mereka.

Walaupun ianya akan membawakan kesan besar kepada komuniti torrent sedunia, ianya masih terdapat beberapa laman lain yang menyediakan khidmat yang serupa, seperti Pirate Bay dan yang lain-lain. Selain itu, mungkin terdapat laman sebagai ganti kepada MiniNova yang akan dibangunkan tidak lama lagi, sama seperti MiniNova yang dibangunkan sebagai ganti kepada SuperNova ketika laman torrent SuperNova ditutup.

Tips oleh Roslan Nazri. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus


TIPS & ULASAN