Carian
WordPress.com Memperkenalkan Widget Langganan Blog
November 27, 2009 Aman

Walaupun langganan artikel blog melalui emel telah lama diperkenalkan melalui Feedburner dan beberapa laman penyedia ketiga yang lain, Automattic masih tidak ingin ketinggalan, dan kini pada WordPress.com mereka memperkenalkan fungsi baru iaitu langganan melalui emel untuk para pembaca.

Walaupun ramai yang kini menggunakan Twitter, Google Wave dan juga Facebook untuk mengikuti perkembangan blog, serta melanggan melalui pembaca feed seperti Google Reader dan sebagainya, masih terdapat beberapa orang yang gemar bacanya melalui emel. Melalui fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Automattic ini, sesiapa sahaja boleh melanggan artikel blog anda pada WordPress.com, dan mendapatkan kemaskini mengikut pilihan mereka, samaada setiap kali artikel baru ditulis, atau secara harian, ataupun mingguan.

Menariknya, emel yang dihantar kepada pelanggan akan diformat sebagai HTML, membolehkan pembaca anda melihat gambar dan video yang dikongsikan anda dengan mudah. Untuk mengaktifkan fungsi ini, anda hanya perlu menambah widget langganan blog pada blog WordPress.com anda, dan pembaca anda sudah boleh melanggan dengan mudah.

Komen