Facebook Menguji Antaramuka Laman Yang Baru

Facebook Menguji Antaramuka Laman Yang Baru

Diterbitkan pada November 28, 2009 oleh .

Kini, sekali lagi Facebook sedang mencuba antaramuka yang baru pada lamannya, dimana kini, kebanyakkan navigasi dialihkan ke sebelah kiri laman, selain membawakan kotak carian yang besar, serta perubahan pada navigasi bahagian atas laman Facebook dengan lebih kemas lagi.

Facebook Baru
Halaman Utama Facebook Yang Diberi Nafas Baru [via]

Pada perubahan antaramuka kali ini, kotak carian diberikan perhatian utama, dimana ianya diletakkan dibahagian atas News Feed, selain saiznya yang lebih besar daripada sekarang. Selain daripada itu, ikon khas diperlihatkan untuk Inbox dan Notifications bersebelahan dengan kotak carian.

Carian pada Facebook buat masa ini tidak digunakan sepenuhnya oleh para pengguna seperti mana yang digunakan pada Twitter, menjadikan Twitter lebih menyerlah dalam penggunaan carian masa-nyata buat masa ini. Mungkin dengan pengenalan kotak carian yang lebih besar ini, Facebook berharap dapat memecahkan monopoli Twitter dalam carian masa-nyata.

Facebook Event
Halaman Event Pada Facebook [via]

Buat masa ini, hanya segelintir pengguna sahaja yang dapat melihat antaramuka baru Facebook ini, dan ianya masih lagi pada peringkat uji kaji. Mungkin tidak lama lagi, ianya akan diperkenalkan kepada umum. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN