Sokongan Suara dan Sentuhan Pada Windows 8

Sokongan Suara dan Sentuhan Pada Windows 8

Diterbitkan pada November 28, 2009 oleh .

Walaupun buat masa ini Microsoft masih belum bercakap berkenaan Windows 8 kepada umum, beberapa berita kedengaran mengatakan Windows 8 yang bakal dilepaskan pada 2012 kelak. Windows 8 kelak dikatakan bakal membawa evolusi antaramuka sekali lagi dengan beberapa penambahan menarik.

Windows 7 memperlihatkan evolusi antaramuka daripada Windows Vista, yang mana antaramukanya diperkemaskan dengan prestasi yang amat menggagumkan sekali. Windows 8 dijangka akan berevolusi lagi sekali dengan membawakan NUI/GUI generasi baru, dengan bukan sekadar sokongan sentuhan, tetapi lebih daripada itu.

Buat masa ini, ianya masih belum diketahui yang mana Windows 8 akan digunakan sebagai nama kod untuk sistem operasi Windows yang baru kelak, tetapi, buat masa ini, ramai memanggilnya dengan menggunakan nama kod tersebut. Ianya juga dikatakan bahawa selain daripada sentuhan, Windows 8 juga akan membawakan sokongan suara dan ucapan sekali.


TIPS & ULASAN