Seperti sedia maklum, Friendster sedang melalui transformasi laman yang besar, dimana pelbagai perkara baru serta fungsi-fungsi menarik beserta dengan antaramuka baru yang diperkenalkan pada laman tersebut sedikit demi sedikit. Salah satu daripadanya adalah fungsi perkongsian yang kini lebih mudah.
Perkongsian Kini Lebih Mudah Di Friendster
Kini, anda boleh berkongsi sesuatu album gambar itu dengan lebih mudah dengan rakan-rakan anda yang lain samaada yang mempunyai akaun Friendster ataupun tidak. Anda cuma perlu masukkan alamat emel, dan rakan anda sudah boleh ikuti album gambar anda dengan mudah. Selain daripada itu, rakan-rakan Friendster anda yang lain juga boleh lihat album anda melalui Stream rakan-rakan pada halaman utama Friendster.
Friendster Stream
Sama seperti pada Facebook, kini Stream pada Friendster memperlihatkan segala aktiviti rakan-rakan anda, memudahkan anda mengikuti perkembangan seseorang itu dengan lebih mudah dan rapat lagi. Walaubagaimanapun, masih tidak diketahui sama ada fungsi filter boleh digunakan untuk tidak mengikuti seseorang itu terdapat padanya ataupun tidak.