Caffeine Mula Di Integrasikan Pada Carian Google

Caffeine Mula Di Integrasikan Pada Carian Google

Diterbitkan pada Dis 1, 2009 oleh .

Kini, Google sudah mula mengintegrasikan enjin carian yang dikemaskini mereka dengan nama kod Caffeine seperti yang dikatakan sebelum ini, Buat masa ini, ianya hanya diaktifkan pada hanya satu pusat data, dan masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Google buat masa ini.

Sebelum ini, Google telah pun menamatkan ujian Caffeine yang diperkenalkan oleh mereka sebelum ini melalui Sandbox. Buat masa ini, beberapa orang sudah pun dapat melihat keputusan carian yang berbeza, yang mana datangnya daripada satu pusat data yang sama. Ianya dikatakan yang mana Caffeine sedang diuji di satu pusat data terlebih dahulu, dan tidak akan diintegrasikan lebih daripada itu sebelum menjelang Januari 2010.

Buat masa ini, pengguna di US dikatakan mempunyai lebih 50% kebarangkalian untuk mendapatkan hasil carian daripada Caffeine. Walaubagaimanapun, ianya dikatakan, Google akan mula mengintegrasikan sepenuhnya Caffeine pada pusat data yang lain bermula selepas musim perayaan akhir tahun ini.

Pada masa yang sama, Google turut sedang bereksperimentasi bersama rekabentuk baharu halaman utama mereka, yang mana masih lagi pada peringkat percubaan.


TIPS & ULASAN