Parlimen : Akta Untuk Melindungi Pembeli Dalam Talian

Parlimen : Akta Untuk Melindungi Pembeli Dalam Talian

Diterbitkan pada Dis 1, 2009 oleh .

Akta Perlindungan Pengguna kelak dikatakan akan turut melindungi para pembeli daripada belian dalam talian, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, supaya para pembeli yang membeli melalui talian lebih terlindung dan yakin membuat belian melalui dalam talian selepas ini.

Buat masa ini, akta tersebut tidak melindungi sebarang transaksi yang dilakukan secara elektronik, dan hanya boleh dibawa kepada tribunal pengguna selepas pembelian dilakukan. Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa seawalnya, akta tersebut akan dibentangkan pada Mac 2010 di Dewan Rakyat untuk dipersetujui para wakil rakyat.


TIPS & ULASAN