Persaingan industri jalur lebar negara kini menjadi semakin sengit, apabila penguasa pasaran jalur lebar, Telekom Malaysia (TM) kini hanya berkembang dengan perlahan iaitu hanya 6.5% untuk suku tahun ketiga yang berakhir 30 September jika dibandingkan tahun lepas yang mana sebanyak 40% untuk tempoh yang sama.
Selain daripada P1 Wimax daripada Packet One Networks, TM juga mendapat saingan hebat daripada penyedia telekomunikasi yang lain seperti Celcom, Maxis dan juga DiGi. Celcom memperlihatkan perkembangan yang amat besar, dimana sebanyak 69.9% daripada pendaftaran baru untuk jalur lebar, menggunakan Celcom Broadband. Beberapa pihak menganalisakan yang mana Celcom bakal mempunyai lebih 300,000 orang pelanggan buat masa ini.
Selain daripada Celcom yang terus berkembang, P1 Wimax juga kian mendapat perhatian, dengan beberapa teknologi yang diperkenalkan oleh mereka seperti Wiggy dan sebagainya. P1 WiMax kini mendapat perhatian pengguna di beberapa bandar utama dimana kelajuan yang ditawarkan oleh P1 adalah dikatakan lebih pantas daripada Streamyx.
Selain daripada itu, tahun hadapan bakal menyaksikan pengenalan servis baru seperti dari AsiaSpace (AMax), REDtone, dan juga YTL-E. Buat masa ini, hanya YTL-E sahaja yang belum memperkenalkan servisnya kepada umum, dimana ianya bakal memperkenalkan servis WiMax selaju 2.3GHz menjelang tahun hadapan. Untuk merealisasikannya, mereka akan membelanjakan lebih RM2.5 billion.
Pada masa yang sama, TM turut kini memperkenalkan kebolehan untuk menaik-taraf kelajuan langganan jalur lebar pada kos yang lebih murah, tetapi dengan ikatan kontrak selama 24 bulan, untuk membolehkan para pengguna setia menggunakan servis mereka.
via : StarBiz