Salah seorang jurucakap Microsoft telah pun mengesahkan yang mana aplikasi pejabat Microsoft, iaitu Office 2010 akan dilepaskan pada Jun 2010. Aplikasi pejabat Office 2010 membawakan beberapa penambahan fungsi dan sedikit perubahan pada antaramuka, serta didatangkan bersama Office Web Apps.
Skrin Loading Office 2010 Starter
Office 2010 kelak akan dilepaskan kepada umum bersama-sama dengan Microsoft Office Web Apps yang mana membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi pejabat Microsoft itu secara dalam talian secara percuma. Buat masa ini, beberapa pengguna terpilih sudah dapat menggunakan aplikasi berkenaan, dan Microsoft masih belum sahkan sepenuhnya senarai aplikasi pejabat yang akan diperkenalkan dalam versi dalam talian kelak.
Office 2010 Memperkenalkan Ikon Baru
Bagi para pengguna yang tidak sabar menunggu sehingga Jun 2010, anda boleh mencuba Office 2010 versi beta yang diberikan secara percuma oleh Microsoft kepada umum, sama seperti pengenalan Windows 7 dahulu.