Google Mencuba Fungsi Geolokasi Pada Hasil Carian

Google Mencuba Fungsi Geolokasi Pada Hasil Carian

Diterbitkan pada Dis 2, 2009 oleh .

Fungsi Geolokasi kini mendapat perhatian ramai pembangun web dan aplikasi apabila Twitter dan beberapa laman lain memperkenalkan sokongan API untuknya. Kini, Google turut mengintegrasikan dan memperkenalkan informasi lokasi pada hasil carian, pada laman yang menggunakan domain utama seperti .com dan .org.

Sebelum ini, sekiranya sesebuah laman web itu menggunakan alamat domain mengikut negara (ccTLD) seperti .my, .sg, .in dan sebagainya, ianya mudah dikenal pasti daripada mana laman itu berasal. Namun, tiada pilihan untuk mengetahui lokasi untuk laman-laman yang menggunakan domain .com, .net, .org dan juga .info. Kini, Google mula memperlihatkan lokasi laman-laman tersebut pada hasil carian pada Google.

GeoLokasi
Contoh Hasil Carian Dengan Fungsi Geolokasi

Jika anda merupakan pembangun web, anda boleh menggunakan Webmaster Tools pada Google untuk memilih lokasi atau negara untuk laman mereka, yang mana kelak akan diintegrasikan pada carian Google. Buat masa ini, hanya beberapa segelintir pengguna Google sahaja yang dapat mencuba fungsi ini pada carian Google, sebelum ianya diintgerasikan pada pengguna pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN