Singapura Kini Di Dalam Google StreetView

Singapura Kini Di Dalam Google StreetView

Diterbitkan pada Dis 3, 2009 oleh .

Umum mungkin sudah ketahui akan yang mana Google sedang dalam proses memperkenalkan Street View daripada pelbagai negara kepada para pengguna untuk membolehkan mereka menjelajah tempat baru terus daripada depan komputer. Kini, negara jiran kita, Singapura turut disokong melalui Street View.

Street View Singapura
Street View di Singapura

Ini sekali gus menjadikan Singapura sebagai pilihan utama Google di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Walaupun sebelum ini beberapa negara seperti Jepun dan Jerman yang tidak gembira dengan servis Google Street yang memaparkan kawasan negara mereka di laman Google ini, kerajaan Singapura bertindak sebaliknya. Mereka amat gembira dimana melaluinya mereka menjangkakan yang mana industri pelancongan negara mereka akan menyumbang lebih banyak kepada negara mereka kelak.

Anda boleh melihat dan melancong terus daripada depan komputer anda dengan mengakses Google Maps Singapura. Google Street View memperlihatkan setiap aspek menarik negara Singapura dengan gambar dan imej yang amat jelas sekali. Mungkin tidak lama lagi, Malaysia turut akan disertakan dalam Google Street View. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN