Selepas melalui pelbagai peringkat ujian, hari ini Google memperkenalkan halaman laman utamanya yang serba baru, dimana anda tidak akan dapat melihat teks pada halaman utama mereka sehinggalah anda menggerakkan tetikus anda sedikit. Tanpa gerakkan tetikus, anda hanya dapat melihat logo dan kotak cariannya sahaja.
Halaman Google Yang Baru Menggunakan Fungsi Fade-In
Google telah berekspiremen dengan fungsi fade-in pada halaman utama mereka ini beberapa bulan kebelakanngan ini untuk beberapa pengguna yang terpilih, dan ianya memperlihatkan yang mana, fokus Google terhadap enjin carian mereka adalah amat tinggi, dan aplikasi yang lain menjadi keutamaan kedua mereka selepas enjin carian Google.
Pada masa yang sama, Google turut sama sedang mengintegrasikan enjin carian Caffeine pada halaman mereka, selain dikatakan bakal mencuba beberapa lagi antaramuka baru pada halaman carian mereka.