Sebagai langkah pertama untuk memperkenalkan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB), Telekom Malaysia (TM) mengambil langkah pertama dengan memperkenalkan promosi Super Upgrade Deal untuk para pengguna Streamyx, dimana potongan istimewa diberikan untuk menaik-taraf kelajuan Internet.
Promosi khas yang diadakan hanya sehingga 31 Disember ini hanya disediakan untuk pengguna Streamyx sedia ada yang telah melanggan servis Streamyx untuk lebih daripada setahun sahaja. Melalui promosi ini, para pelanggan dapat menjimatkan kos berlebihan tanpa perlu membayar yuran langganan berlebihan untuk 4 bulan yang pertama.
Walaubagaimanapun, bermula bulan kelima keatas, para pelanggan akan dikenakan kenaikan yuran langganan serendah RM5, bergantung kepada pakej yang dilanggan. Pada masa yang sama, para pelanggan juga dikehendaki untuk menggunakan servis yang dinaik-taraf ini untuk sekurang-kurangnya 24 bulan.
Sebelum ini, para pengguna baru yang mendaftar menggunakan Streamyx dilihat berkurangan, disamping pada masa yang sama Streamyx sedang dalam usaha untuk memperkenalkan jalur lebar berkelajuan tinggi menjelang tahun 2010, dimana beberapa kawasan sedang diuji buat masa ini.