Cari @ Amanz

Friendster baru sahaja memperkenalkan antaramuka yang baru, dan kini ianya dikatakan yang mana Friendster bakal dijual pada hujung bulan ini kelak. Ianya dikatakan akan dijual pada pembeli daripada Asia pada harga sekurang-kurangnya $100 juta walaupun ianya dinilai sebagai $210 juta.

Friendster
Halaman Utama Friendster Yang Serba Baru

Friendster merupakan antara laman sosial pertama yang dibangunkan sebelum Facebook dan MySpace lagi, iaitu pada tahun 2002. Friendster lebih digunakan oleh para pengguna Asia dan ianya dikatakan, lebih daripada separuh pengguna berdaftar di Friendster adalah daripada Asia. Friendster akan dijual pada salah satu firma dari Asia pada harga lebih daripada $100 juta, yang mana maklumat penuh berkenaan dengannya akan diumumkan hujung bulan ini.

Sebelum ini, TechCrunch pernah mengatakan yang mana Friendster bernilai lebih kurang $210 juta berbanding dengan Facebook yang bernilai $10 billion. Sebelum ini, enam tahun yang lalu, Google pernah menawarkan $30 juta untuk memiliki Friendster, namun tawaran tersebut telah ditolak mereka.

Hari ini, Friendster memperkenalkan antaramuka yang serba baru, yang mana kini menumpukan perhatian untuk menarik balik para pengguna mereka dan memfokuskan kepada pembayaran-mikro melalui penggunaan Friendster Games dan juga Friendster Wallet.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd